Baby & Kids, Lifestyle

Lampin Pakai Buang Terbaik Untuk Anak Anda

Terdapat berbagai-bagai jenis Lampin Pakai Buang yang ada dalam pasaran seperti Huggies, Pampers, Merries, Drypers, MamyPoko, Whoopee, PetPet, Tesco, Babyku, Fitty dan lain-lain lagi. Jadi yang mana satukah pilihan ibu-ibu di Malaysia.? Kebanyakan penduduk di Malaysia adalah terdiri dari golongan mereka yang berpendapatan sederhana. Jadi dalam hal begini selalunya harga memainkan peranan utama dalam pemilihan sesuatu produk.

Pada penelitian dan penilaian saya, Pampers Merries, Drypers dan MamyPoko adalah pengeluar produk lampin pakai buang yang sudah ternama dan kualitinya juga adalah sangat baik bagi keluaran produk unik oleh setiap pengeluar. Drypers dengan produk “Wee Wee Dry”, Pampers dengan produk “Baby Dry”, Huggies dengan produk “Ultra Diapers”, MamyPoko dengan produk “Extra Dry” adalah merupakan produk-produk yang paling berkualiti yang telah dikeluarkan oleh mereka. Masing-masing ada keistimewaan yang tersendiri untuk mempunyai kuasa penyerapan yang lebih baik dari lampin pakai buang yang lain.

Pilihan Produk Untuk Anak Anda

Sekiranya dibandingkan antara Pampers, MamyPoko dan Merries, masing-masing adalah berkualiti tinggi dan mempunyai reka bentuk, bahan buatan, kadar penyerapan dan keselesaan yang tinggi. Ianya memenuhi kesemua kategori penilaian bagi mereka yang mengutamakan kualiti sesuatu produk. Harganya agak mahal berbanding dengan jenama yang lain dan merupakan jenama yang terkemuka. Ramai yang mendapatkannya ketika jualan murah.

Drypers dan Huggies mencapai tahap keselesaan yang baik tetapi sedikit kekurangan dari segi bahan buatan dan rekaan yang digunakan. Rekaan yang agak kembang, panjang dan sedikit membonjol ini amat sesuai untuk pemakain di sebelah malam di mana anda tidak perlu kuatir untuk bangun dari tidur bagi menyalin lampin anak anda. Drypers juga mempunyai bahagian belakang yang  sedikit kenyal. Lain pula dengan Pampers dan Merries yang menggunakan bahan yang lebih nipis buatannya dan lebih memudahkan pergerakan anak anda membuatkan ia amat sesuai untuk digunakan ketika bersiar-siar.

Bagi memenuhi keperluan pengguna yang memerlukan lampin pakai buang yang lebih ekonomi, terhasillah jenama-jenama lain seperti PetPet, Babyku, Fitty, Tesco dan lain-lain lagi. Harga mampu milik oleh semua golongan dan senang dipakaikan kepada anak anda. Bahan yang digunakan adalah sedikit kasar dan kadar penyerapannya adalah sederhana sahaja. Amat digalakkan untuk sentiasa memantau kadar pembuangan najis anak anda untuk mengelakkan ianya terlebih dari kadar penyerapan lampin dan ia akan memudaratkan sekiranya berlaku apa-apa jangkitan kuman.

Setakat ini kualiti yang paling baik adalah Pampers, Merries dan MamyPoko. Huggies dan Drypers mempunyai kualiti yang sederhana dan jenama yang lain pula adalah yang lebih ekonomi harganya.

Lihat Tawaran Terkini

Perbandingan Harga Diapers.

Pengedar di kedai biasa menjual dengan harga jual MYR50.00 untuk 100 keping + RM5 postage.

Jumlah keseluruhan penghantaran = MYR50.00 + MYR7.00 (postage) = MYR57.00

Harga untuk sehelai adalah ~ MYR0.57/pcs

Terdapat juga dalam saiz L, XL dan XXL dalam jumlah yang berbeza.

Apa yang di tawarkan untuk jenis yang lain adalah lebih menjimatkan.

Harga Jual ialah MYR115.90 untuk 260 keping.

Total =  MYR115.90 + MYR9 (postage) = MYR124.90

Oleh itu harga untuk sehelai adalah lebih kurang MYR0.48/pcs.

IANYA LEBIH PENJIMATAN…!!!

P/S :   Harga adalah lebih murah dan berpatutan sekiranya beli pek Combo yang lebih banyak.

Terdapat juga dalam saiz L, XL dan XXL dalam jumlah yang berbeza.

Berkenaan Produk :

  • Diaper murah dipek dalam plastik lutsinar
  • Tidak sesuai bagi kulit bayi sensitif.
  • Cutting biasa/normal (Bagi bayi tembam, sila ambil 1 saiz besar).
  • MyBaby S/50 = 3kg – 7kg
  • MyBaby M/50pcs = 5 – 11kg
  • MyBaby L/50pcs = 10 – 14kg
  • MyBaby XL/50pcs = 13 – 17kg

Baby Napkin Murah :

✅ lembut dan sesuai untuk kulit bayi yang baru lahir

✅ selesa dipakai oleh bayi

✅ mesra alam dan lebih ekonomi kerana boleh dicuci dan dipakainya berulang kali

✅ kain cotton berkualiti

✅ penghantaran percuma dengan pembelian RM80

✅ follow kedai untuk mendapatkan voucher pembelian

Lebih Kurang RM0.45 per diaper (terus dari kilang)

Premium

Hubungi Saya Di Sini :

Easy Living Pick:

Promosi Terkini..!!

Tawaran Menarik



3 thoughts on “Lampin Pakai Buang Terbaik Untuk Anak Anda”

  1. Terima kasih atas makluman ini.

    Cuma bila skrg musim covid19 ini nak kena byk berjimat dengan lampin pakai buang ini. Harap admin ada lagi info mana2 baucher murah beli pampers budak ini ya!

    Like

    1. Huggies sedang buat jualan murah dengan Free Gift menarik. Akan berpeluang memenangi hadiah menarik bernilay lebih RM7k. Sila klik banner Huggies untuk maklumat lanjut.

      Like

Tinggalkan komen