Advertisement:
Dalam zaman milinium ni, banyak orang telah menceburkan diri ke dalam perusahaan penjualan dalam talian (online marketing) untuk memasarkan produk masing. Ramai juga yang mencuba nasib untuk memulakan berniaga dalam talian ini semenjak kita boleh mencapai sasaran penjualan kita dengan adanya media sosial seperti Facebook, Twitter, LinkIn dan banyak lagi. Cara berhubung pula sudah menjadi semakin mudah dengan adanya perkhidmatan penghantaran mesej yang sangat praktikal seperti “WhatApp”, “Telegram” dan juga “Messenger”.

Pemasaran produk sekarang menjadi sangat mudah sehinggakan peniaga hanya perlu menggunakan talipon pintar sahaja untuk memasarkan produk mereka bukan sahaja dalam Malaysia bahkan dapat menjangkau sehingga keserata dunia. Apa yang mereka perlukan adalah kemahiran membuat iklan yang berkesan untuk menarik pembaca menilai dan akhirnya akan membuat pembelian mereka.
Kita sedia tahu tentang platform jualan yang amat sohor pada masa sekarang seperti Alibaba, Zalora, Amazon, Lazada dan banyak lagi yang menggunakan platform internet untuk memasarkan produk mereka dalam Laman Sesawang mereka. Pada mulanya mereka hanya memasarkan beberapa produk sahaja dan lihatlah sekarang mereka telah memasarkan berjuta-juta produk dan ramai peniaga telah menggunakan platform mereka untuk memasarkan produk.

Di samping itu, bagi mereka yang mempunyai kemahiran dalam bidang IT adalah satu kelebihan bagi mereka untuk membuat perniagaan dalam talian kerana kemahiran mereka menggunakan perisian dan gadget-gadget yang canggih bagi menghasilkan iklan yang lebih berkualiti dan cara jualan yang lebih berkesan. Oleh itu, selain daripada mempunyai produk yang bagus, seseorang itu juga perlukan kemahiran yang bagus untuk mencapai target jualan mereka.
Bukanlah mudah untuk seseorang itu mempunyai kemahiran bagi menggunakan teknologi Internet yang sedia ada ini. Ada diantara teknik-teknik pemasaran itu memerlukan kajian dan pengalaman selama beberapa bulan malah beberapa tahun bagi menghasilkan jualan yang berkesan. Ada di antara mereka tidak lokek ilmu untuk berkongsi pengalaman dan teknik pemasaran meraka dengan sedikit bayaran kerana bukanlah mudah untuk mendapatkannya dan sudah semestinya tidak diajar pun di sekolah.
Beberapa Teknik Jualan Yang Berkesan Digunakan Untuk Memasarkan Produk.
Peluang Perniagaan Online Untuk Jadi Penjual, Pemasaran Produk Kegemaran Atau Jadi Agen Dropship
Jana Pendapatan Internet
Start A Business

Hubungi Saya Di Sini :
Email : ainudin.mohamad@gmail.com
